Minggu ini merupakan minggu sebelum cuti. Labels: Hsu-Cherng
Namun demikian, kami murid-murid sekolah masih rajin belajar dengan penuh semangat. (percaya tak!?! XD)
Pada minggu tersebut, kami telahpun membaca dan belajar Prosa Tradisional Cerita Bayan Tiada Menurut Kata Ibu Bapanya. Seperti biasa, tidak banyak orang membaca walaupun sudah diberitahu oleh cikgu. Rasanya generasi moden ini merupakan orang yang malas saja? Mungkin juga, tetapi tentu bukan semua oranglah. :X
Prosa tradisional tersebut bukan cerita yang istimewa. Macam cerita nasihat yang biasa saja, pada pendapat saya. Ceritanya begini -- anak bayan nak berkawan dengan anak cerpelai, tetapi dilarang oleh ibu bapanya kerana cerplai tidak setia. Bapa bayan lalu mengisahkan kepadanya cerita tentang anak kera yang bersahabat dengan anak saudagar. Anak kera tidak mendengar nasihat ibu bapanya. Dia masih berkawan dengan anak saudagar. Pada suatu hari, mereka bergaduh dan kedua-dua pun tercedera. Walaubagaimanapun, mereka masih berkawan. Luka anak kera dapat sembuh, tetapi luka anak saudagar tidak. Doktor kata dia perlu dapat hati anak kera untuk sembuh. Dengan itu, anak kera dibunuh supaya hatinya boleh diambil.
Tetapi anak bayan tidak mempedulikan nasihat ibu bapanya. Dia terus berkawan dengan anak cerpelai. Pada suatu hari, anak cerpelai berjaya ditangkap oleh seorang budak. Bapa cerpelai mendapat nasihat daripada serigala untuk menyelamatkan anaknya. Serigala menyuruh cerpelai menarik perhatian budak itu kepada sarang bayan. Ternyata budak itu tertarik pada sarang bayan. Dia menutup lubang sarang bayan. Semua bayan berpura-pura mati apabila budak itu membuka lubang sarang mereka, dan tiba-tiba terbang apabila dibuang ke tanah. Budak itu marah, tetapi berjaya menangkap bayan tua, dan mahu membunuhnya.
Tetapi budak itu tidak membunuh bayan tua tersebut. Bayan tua menasihati budak itu supaya menjualnya kepada raja kerana dia boleh merawat penyakit raja. Berbuat demikianlah budak itu, dan dapat empat ribu dinar. Penyakit raja dapat dirawat, dan bayan tua itu pun memohon untuk pulang kepada anak bininya yang telah lama ditinggalkan.
Selesai bercerita, hari pun siang. Isteri Khoja Maimun membatalkan hasratnya untuk berjumpa dengan kekasihnya. Apabila malan tiba, Bibi Zainab pun bersiap sedia untuk berjumpa dengan kekasihnya, dan sekali lagi bayan bercerita untuknya.
Itulah cerita Bayan Tiada Menurut Nasihat Ibu Bapanya.
Cerita tersebut sebenarnya terdiri daripada cerita-cerita tersebut:
Cerita anak kera dengan anak saudagar
Cerita bayan dengan cerpelai
Cerita bayan tua yang merawat penyakit Raja
Cerita bayan yang bercerita untuk Bibi Zainab
Saya rasa cerita tersebut sedikit pelik dan tidak begitu mudah untuk faham, tetapi ia tidak akan menjadi satu halangan dalam pelajaran kami, kan? ;)
Pada Khamis pula, cikgu melaksanakan "ujian lisan"!
...
Sebenarnya bukan ujian lisan, hanya nak tanya soalan dan memberi markah berdasarkan cara kami menjawab soalan tersebut, berdasarkan tatabahasa dan isi (mungkin ada aspek lain-lain yang saya sudah lupa? @__@'')
Pada waktu pertama, Pn Hanim menyuruh kami membaca beberapa (IMO (in my opinion/pada pendapat saya), BANYAK) petikan dan soalan-soalannya. Dan dia akan mula menyoalkan kami pada waktu ke-dua.
Tetapi apabila tiba waktu ke-dua, hanya tanya beberapa orang saja - kalau saya ingat betul, "mangsa-mangsa" tersebut ialah Navin, Kwan Han, Natasha Merie dan Pey Wern. Soalan yang cikgu pilih ialah soalan yang senang saja. Kenapa saya kata senang? Kerana ada banyak-banyak soalan lain yang lebih susah! Kalau boleh, saya mahu menjawab soalan-soalan yang mudah seperti pada hari itu. Tetapi, masa singkat, tidak dapat peluang. Kesiaaaan. XD
Alamak. Blog ini macam dah menjadi blog saya yang ke-dua!? Ehe, mungkin BM saya akan menjadi lebih baik? Aha, harap-harap saja. Kk, sampai sini saja. Jumpa lagi~
Ahli-ahli kumpulan:
Chong Hsu-Cherng
Tan Hong Chun
Mak Kwan Han
Woon Wen Leong
Pn Hanim
Blaze
Crazy Gamers
K5Harmoni
Organized Chaos
Projek D
Renegades
Summoned
Theory of
Lepak
Lagu "instrumental":
A World Supported by Emotion
~Hsu Cherng~
~pelajar sedang menghantar kerja yang telah siap~
~saat-saat yang gembira dengan semua kawan~
~satu gambar yang lebih baik~
~bersama dengan kawan-kawan~
~sekali lagi kenangan yang manis~
~penunjukan senyuman kepada seseorang~
~mari mari!! mari ambil gambir sekali lagi!~
~ahli kumpulan initial-hsu cherng dan wen leong~
~ahli kumpulan initial-hong chun(sedang mengambil katak!)dan kwan han~
~kesian orang itu XD~
~hubungan persahabatan yang kekal~