(Minta maaf ya, tidak ada apa-apa gambar untuk saya letak dalam pos saya... XD) Labels: Hsu-Cherng
Pertarungan Hang Tuah dengan Jebat.
Sebenarnya, cerita prosa tradisional tersebut tidak menarik sangat. Dialognya perlu saya dengar dengan penuh perhatian, dan walaupun saya berbuat demikian, saya tidak beberapa faham apa yang watak-watak dalam tayangan filem tersebut sedang bercakap, hanya tahu sedikit sahaja apa yang sedang berlaku. Walau bagaimanapun, ia tidak bermakna saya tidak faham langsung prosa tradisional tersebut.
Saya rasa cerita Pertarungan Hang Tuah dengan Jebat bukan cerita yang sangat menarik. Ceritanya mempunyai saat-saat yang mudah untuk dijangka, terutama Hang Jebat yang ingin membalas dendam walaupun Hang Tuah tidak mahu dia membuat kejahatan. (kalau Hang Jebat tidak berbuat demikian, mana boleh ada pertarungan dengan Hang Tuah? XD)
Permulaannya, Sultan menjalankan hukuman mati tanpa siasatan dan bukti yang kukuh ke atas Hang Tuah yang tidak bersalah. Hang Jebat berasa perbuatan tersebut langsung tidak adil, dan saya setuju dengannya. Walaupun Sultan berkuasa mutlak pada masa itu, mereka tidak patut membuat perkara yang besar seperti ini dengan sesuka hati sahaja. Kalau rasa dia bersalah, biarlah dia digantung sampai mati. Adilkah macam itu!? Bernasib baiklah zaman moden pada hari ini tidak seperti itu. Sebelum hukuman mati dijalankan, Hang Tuah menegur Hang Jebat supaya jangan mendekati perbuatan jahat, terutamanya berbalas dendam. Terus berhidup dalam kehidupannya sudah boleh.
Oleh sebab perbuatan Sultan itu, Hang Jebat teringin sangat untuk membalas dendam, tetapi dia sudah berjanji dengan Hang Tuah. Namun, dia tetap menderhaka Sultan. Rasanya, dia sangka Hang Tuah sudah mati, jadi dia tidak pedulikan janjiannya. Dia menjadi Laksamana Sultan untuk mengganti Hang Tuah, tetapi dia ada niat yang lain. Tujuan yang jahat. Hang Jebat mengambil kesempatan untuk berbuat sesuka hati dalam istana.
Apabila Sultan mendapati berita tersebut, dia mula menyesal terhadap perbuatannya. Dia mula insaf bahawa dia tidak patut menjalankan hukuman itu ke atas Hang Tuah. Ha, padan muka! Apabila memerlukan bantuan Hang Tuah, barulah sedar ke atas perbuatannya yang bodoh. Tetapi, sebenarnya, Hang Tuah belum mati. Dia hanya dihantar ke sebuah tempat lain until bersembunyi. Ketika Sultan mendengar berita itu, bergembiralah orang itu.
Hang Tuah dibawa balik ke istana dan diminta untuk membuat sesuatu terhadap Hang Jebat. Hang Tuah berasa kecewa sangat apabila tahu semua perbuatan yang kejam dan jahat itu dibuat oleh Hang Jebat sendiri. Dia membuat keputusan untuk bertarung dengan dia. Dan akhirnya, Hang Jebat dikalahkan oleh Hang Tuah, dan meninggal dunia selepas itu.
Pada pendapat saya, Hang Tuah perlu memahami perasaan Hang Jebat. Kenapakah Si Jebat itu menderhaka Sultan? Pandangannya perlu dilihat dari sudut Hang Jebat. Walaupun hasratnya untuk Jebat ialah jangan membuat kejahatan sahaja, dia perlu tahu bahawa Hang Jebat berbuat demikian kerana Sultan Melaka tidak berlayak untuk menjadi Sultan. Bahawa Hang Tuah tidak patut dikena hukuman itu. Tetapi Hang Tuah juga patut berasa marah kerana Jebat juga membuat pekara yang bodoh dan tidak berpatutan, terutamanya membunuh ramai orang. Hang Jebat langsung tidak menyesal atas kelakuannya yang kejam sampai tidak boleh dimaafkan. Jika dia nak membalas dendam, sekurang-kurangnya dia boleh berbuat demikian dengan cara yang lain, kan?
Begitulah pendapat saya terhadap prosa tradisional tersebut.
Ahli-ahli kumpulan:
Chong Hsu-Cherng
Tan Hong Chun
Mak Kwan Han
Woon Wen Leong
Pn Hanim
Blaze
Crazy Gamers
K5Harmoni
Organized Chaos
Projek D
Renegades
Summoned
Theory of
Lepak
Lagu "instrumental":
A World Supported by Emotion
~Hsu Cherng~
~pelajar sedang menghantar kerja yang telah siap~
~saat-saat yang gembira dengan semua kawan~
~satu gambar yang lebih baik~
~bersama dengan kawan-kawan~
~sekali lagi kenangan yang manis~
~penunjukan senyuman kepada seseorang~
~mari mari!! mari ambil gambir sekali lagi!~
~ahli kumpulan initial-hsu cherng dan wen leong~
~ahli kumpulan initial-hong chun(sedang mengambil katak!)dan kwan han~
~kesian orang itu XD~
~hubungan persahabatan yang kekal~