Monday, March 5, 2007

Sambutan Tahun Baru Cina

Pada bulan Februari ini, saya menyambut salah satu perayaan besar orang Cina, iaitu Tahun Baru Cina. Saya telah mengunjungi banyak rumah saudara-saudari saya dan kawan-kawan saya ,serta mendapat banyak "angpow"!!! Saya juga bermain mahjong serta kad terup dan berjudi sedikit dengan saudara-saudara saya untuk meriahkan keadaan di situ.
Di samping bermain dan berjudi serta berbual-bual dengan saudara-mara saya, saya dan saudara saya juga pergi ke rumah terbuka yang berdekatan. Terdapat banyak makanan cina yang hanya dapat dimakan pada masa Tahun Baru Cina, juga bermaksud hanya boleh makan sekali dalam setahun dan juga membawa makna yang mendalam. Makanan yang dapat dinimati di sana ialah Yee Sang, itik yang berbeza berbanding dengan itik yang boleh dilihat sepanjang tahun, serta ikan yang sangat besar.
Selain itu, kami juga berpeluang melihat tarian singa da tarian naga. Tarian tersebut sangat menarik serta mencabar tenaga fizikal penari. Saya nampak setiap penari ada tubuh yang berotot dan kuat. Nampaknya mereka sudah berlatih selama beberapa tahun. Teknik-teknik yang mereka gunakan semasa tarian juga sangat menarik dan menguji penari. Saya sangat menyanjungi penari-penari itu.
Pada hari Rabu dalam minggu cuti Tahun Baru Cina saya, saudara saya di Johor datang ke rumah saya untuk menunjungi saya. Saya dan saudara saya pergi menonton wayang " Ghost Rider "serta berlepak di pusat membeli-belah. Kami sangat gembira dan seronok pada masa itu.
Akhirnya, saya bersama-sama semua saudara-mara saya makan malam di rumak datuk saya pada hari yang terakhir cuti saya. Saya sangat gembira kerana dapat menyambut perayaan Tahunan Baru Cina dengan penuh keseronokan . Saya berharap saya dapat melakukan perkara-perkara yang saya lakukan pada minggu ini sekali lagi.

*Saya harap karangan ini tidak ada banyak kesilapan..O.O*

Labels:


Diblog pada 4:19 AM. 1 telah memberi komen.

Profile

Ahli-ahli kumpulan:
Chong Hsu-Cherng
Tan Hong Chun
Mak Kwan Han
Woon Wen Leong


Projek Lepas


Komen ringkas



Laman blog

Pn Hanim
Blaze
Crazy Gamers
K5Harmoni
Organized Chaos
Projek D
Renegades
Summoned
Theory of Lepak



Lagu "instrumental":
A World Supported by Emotion


Gambar

Photobucket

~Hsu Cherng~

Photobucket

~pelajar sedang menghantar kerja yang telah siap~

Photobucket

~saat-saat yang gembira dengan semua kawan~

Photobucket

~satu gambar yang lebih baik~

Photobucket

~bersama dengan kawan-kawan~

Photobucket

~sekali lagi kenangan yang manis~

Photobucket

~penunjukan senyuman kepada seseorang~

Photobucket

~mari mari!! mari ambil gambir sekali lagi!~

Photobucket

~ahli kumpulan initial-hsu cherng dan wen leong~

Photobucket

~ahli kumpulan initial-hong chun(sedang mengambil katak!)dan kwan han~

Photobucket

~kesian orang itu XD~

Photobucket

~hubungan persahabatan yang kekal~