Sunday, June 3, 2007

Lawatan Sambil Belajar ke FRIM DAN GUA GELAP

hi kawan-kawan semua, apa khabar? Cuti macam mana? tentu senorok kan? Saya di sini ingin berkongsi dengan pengalaman saya dengan anda semua tentang lawatan sambil belajar ke Frim dan Gua Gelap(juga dikenali sebagai 'Dark Cave'). Bagi kawan-kawan yang pernah pergi tentu ingin pergi ke sana lagi kan?Bagi kawan-kawan yang tak pernah pergi pula, lain kali cuti panjang atau cuti semester, mesti suruh ibubapa anda bawa anda semua pergi tau! hehe..

Pada 1 Jun tahun yang lalu, saya telah menyertai lawatan sambil belajar ke Frim dan Gua Gelap yang dianjurkan oleh Lembaga Pusat Sumber danPersatuan Taekwando. Pada mulanya kami berkumpul di sekolah kami pada pukul 7.45 pagi. Setelah menunggu kian lama, Bas telah sampai paada pukul 8.30 pagi. Kesian kami menunggu dengan perasaan yang gembira dan tidak sabar.

Semasa dalam perjalanan ke Frim, kebanyakan kawan-kawanku telah menceritakan pengalaman mereka yang pernah ke Frim. Menurut cerita mereka, terdapat banyak pacat dan 'kenopi walk' yang mencabar. Seronoknya saya mendengar pengalaman mereka . Pada pukul 9 kami telah sampai ke Frim. Memang segar benar udara di sana. Baik untuk kesihatan kita yang sentiasa berada di bandar yang penuh udara yang dicemar.

Namun begitu, malangnya ahli pemandu pelancong di sana berkata bahawa 'kenopi walk' telah ditutup pada hari itu. Saya berasa kecewa kerana tidak dapat merasai pengalaman 'kenopi walk' itu.Walaubagaimanapun kami berpeluang masuk ke hutan untuk mengenali pelbagai jenis pokok dan merasai suasana di persekitaran alam semula jadi. Selepas itu, kami melawat muzium yang didirikan berhampiran untuk menambah pengetahuan pelawat dan lebih memahami tentang alam semula jadi di hutan. Di dalam muzium itu, terdapat banyak jenis serangga telah disenaraikan. Selepas itu , kami menikmati makanan tengahari di sebuah restorant yang berhampiran dengan Frim .

Selepas makan tengahari, kami menaiki bas persiaran menuju ke Batu Cave.Perjalanan ke Batu Cave mengambil masa kira-kira setengah jam.Setibanya kami di Batu Cave, kami pun berasa terkejut kerana kami perlu mengambil seratus lapan puluh tangga untuk sampai ke Gua Gelap yang berada di bawah lima puluh tangga di Batu Cave.Saya berasa cemas kerana ini merupakan kali pertama saya memasuki Gua Gelap dan menggembaranya.

Pengembara kami bermula dengan memasuki gua itu dengan bimbingan jurulatih gua. Keadaan Gua Gelap itu sangat gelap,oleh itu gua itu barulah dinamakan gua gelap. Suasana di gua amat menakutkan.Saya cuma dapat mendengar bunyi kelawar dan titisan air dari gua. Apabila kami sampai di gua yang mempunyai lubang gua yang kecil, jurulatih memberi penerangan untuk cara marangka melalui lubang gua yang kecil dan sempit.Selepas itu, kami pun bergilir untuk memasuki lubang gua tersebut.Lubang gua itu memang kecil dan sempit sekali.Saiznya serupa saiz bayi yang baru lahir.Setelah melalui perjalanan yang panjang dan penuh dengan halangan, akhirnya kami dapat keluar dari Gua Gelap tersebut.Badan kami busuk dan penuh dengan tahi kelawa.

Kami membersihkan diri di tandas yang mempunyai peralatan mandi yang telah disediakan di tempat itu.Selepas itu, kami pun bersiap sedia untuk pulang ke sekolah.Semasa perjalanan balik ke sekolah, sebahagian orang telah tidur akibat kepenatan merangka Gua Gelap tersebut.Lawatan ini telah memberikan saya banyak pengetahuan dan pengalaman yang berharga .Jika saya berpeluang untuk merancang lawatan, saya pasti akan merancang satu lawatan ke gua sekali lagi.

Labels:


Diblog pada 6:14 AM. 0 telah memberi komen.

Profile

Ahli-ahli kumpulan:
Chong Hsu-Cherng
Tan Hong Chun
Mak Kwan Han
Woon Wen Leong


Projek Lepas


Komen ringkas



Laman blog

Pn Hanim
Blaze
Crazy Gamers
K5Harmoni
Organized Chaos
Projek D
Renegades
Summoned
Theory of Lepak



Lagu "instrumental":
A World Supported by Emotion


Gambar

Photobucket

~Hsu Cherng~

Photobucket

~pelajar sedang menghantar kerja yang telah siap~

Photobucket

~saat-saat yang gembira dengan semua kawan~

Photobucket

~satu gambar yang lebih baik~

Photobucket

~bersama dengan kawan-kawan~

Photobucket

~sekali lagi kenangan yang manis~

Photobucket

~penunjukan senyuman kepada seseorang~

Photobucket

~mari mari!! mari ambil gambir sekali lagi!~

Photobucket

~ahli kumpulan initial-hsu cherng dan wen leong~

Photobucket

~ahli kumpulan initial-hong chun(sedang mengambil katak!)dan kwan han~

Photobucket

~kesian orang itu XD~

Photobucket

~hubungan persahabatan yang kekal~