Sunday, June 17, 2007

Review Tayangan Wayang


Semasa cuti sekolah minggu yang lalu, saya mengambil kesempatan untuk menonton sebuah filem yang bertajuk " Pirates Of The Caribbean 3 ; At World's End ". Filem ini ialah salah sebuah filem yang saya sukai, oleh itu, saya ingin berkongsi dengan semua orang di sini.
Filem ini telah diarahkan oleh "Gore Verbinski", seorang pengarah yang terkenal. Filem ini ditayangkan pada 24 Mei 2007 dan telah menerima sambutan yang baik. Saya menempah tiket sebanyak 4 kali hanya boleh dapat 2 tiket untuk menonton wayang ini.
Saya sukai filem ini kerana cerita filem ini sangat menarik serta penuh dengan unsur magis dan juga membawa komedi yang melucukan. Selain itu, watak-watak yang terdapat dalam cerita filem ini juga menarik perhatian saya, terutamanya "Kapten Jack Sparrow"."Jack Sparrow" merupakan salah seorang watak utama yang terdapat dalam filem ini. Dia adalah penggerak cerita dalam filem ini.
Filem ini merupakan cerita yang mengisahkan kehidupan "Kapten Jack Sparrow" yang mempunyai nasib yang malang dan melalui banyak cabaran semasa melayar di Laut Caribbean dan akhirnya telah dihukum untuk berada dalam locker "Davey Jones" selama-lamanya.
Sementara itu terdapat pertarungan antara militia air dengan lanun-lanun yang berkuasa di Laut Caribbean. Untuk mengekalkan kehidupan asal lanun-lanun, sekumpulan lanun termasuklah "Elizabeth" dan "Will Turner" , iaitu sepasang suami isteri yang sering disusahkan oleh nasib malang "Kapten Jack Sparrow" telah belayar ke anjung dunia untuk menyelamatkan "Kapten Jack Sparrow". Cerita seterusnya melibatkan banyak pertarungan dan kisah cinta suami isteri tersebut . Babak yang saya paling sukai ialah babak yang menunjukkan pertarungan akhir antara lanun dan militia air. Pertarungan tersebut menunjukkan babak yang paling menarik dalam filem tersebut dan juga menunjukkan banyak kelucuan .
Kesimpulannya, wayang ini berbaloi untuk menonton kerana wayang ini sangat menarik dan juga melucukan. Saya berharap semua orang yang sedang membaca review ini dapat menonton filem itu dan berkongsi pengalaman dan pandangan masing-masing dan meninggalkan komen-komen di sini.

Labels:


Diblog pada 12:18 AM. 0 telah memberi komen.

Profile

Ahli-ahli kumpulan:
Chong Hsu-Cherng
Tan Hong Chun
Mak Kwan Han
Woon Wen Leong


Projek Lepas


Komen ringkas



Laman blog

Pn Hanim
Blaze
Crazy Gamers
K5Harmoni
Organized Chaos
Projek D
Renegades
Summoned
Theory of Lepak



Lagu "instrumental":
A World Supported by Emotion


Gambar

Photobucket

~Hsu Cherng~

Photobucket

~pelajar sedang menghantar kerja yang telah siap~

Photobucket

~saat-saat yang gembira dengan semua kawan~

Photobucket

~satu gambar yang lebih baik~

Photobucket

~bersama dengan kawan-kawan~

Photobucket

~sekali lagi kenangan yang manis~

Photobucket

~penunjukan senyuman kepada seseorang~

Photobucket

~mari mari!! mari ambil gambir sekali lagi!~

Photobucket

~ahli kumpulan initial-hsu cherng dan wen leong~

Photobucket

~ahli kumpulan initial-hong chun(sedang mengambil katak!)dan kwan han~

Photobucket

~kesian orang itu XD~

Photobucket

~hubungan persahabatan yang kekal~