Wednesday, June 20, 2007

Tahun Melawat Malaysia 2007


"Program Tahun Melawat Malaysia 2007" diistyiharkan secara rasmi oleh Perdana Menteri Malaysia di Kuala Lumpur.Program ini dijalankan kerana dijangka akan meningkatkan ketibaan pelancong dari luar negara sebanyak 30 peratus.Program ini juga diadakan secara besar-besaran kerana kerajaan mahu mempromosikan tempat peranginan di Malaysia dan di samping membangunkan industri pelancongan.

Terdapat banyak aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini diadakan. Aktiviti-aktiviti yang menarik dan mencuit hati pelancong dan orang ramai dapat menjadikan Malaysia sangat meriah. Keadaan yang meriah dapat menarik minat lebih banyak pelancong menyertai aktiviti-aktiviti seperti perarakan flora, pertandingan berbasikal "Le Tour De langkawi", Floraton dan banyak lagi. Semangat cinta akan negara yang terdapat dalam hati semua rakyat Malaysia tentu dapat memberi pelancong banyak kenangan yang manis dan cantik.

Selain itu, program " Tahun Melawat Malaysia 2007 "juga boleh memupuk semangat toleransi dan hemah tinggi dalam kalangan masyarakat. Sikap yang mulia ini jika dapat dipupuk dalam hati semua rakyat, maka Malaysia boleh menjadi sebuah negara yang harmoni dan keadaan yang aman ini dapat menarik minat pelancong datang mengunjung Malaysia.

Faedah program tidak berhenti di sini. Program ini juga dapat memupuk nilai sanggup berkorban untuk negara dalam hati setiap individu yang tinggal di Malaysia. Semangat rakyat yang sanggup berkorban untuk negara telah ditonjolkan oleh rakyat semasa rakyat sama-sama bekerjasama menjayakan program " Tahun Melawat Malaysia 2007 ".Lebih-lebih lagi, program macam program ini juga membuka peluang kepada Malaysia untuk menjalinkan hubungan negara luar secara tidak langsung. Dalam keadaan ini nilai saling menghormati antara negara dapat dilihat dengan jelas.

Akhir kata, program "Tahun Melawat Malaysia 2007" tidak hanya dapat memanfaatkan negara dalam segi sosial, politik dan ekonomi, program ini juga dapat memberi faedah kepada masyarakat yang berbilang kaum di Malaysia. Oleh itu, semua pihak tidak kira bangsa, agama ataupun umur haruslah memainkan peranan yang penting dalam pembangunan negara Malaysia.

Labels:


Diblog pada 7:44 AM. 0 telah memberi komen.

Profile

Ahli-ahli kumpulan:
Chong Hsu-Cherng
Tan Hong Chun
Mak Kwan Han
Woon Wen Leong


Projek Lepas


Komen ringkas



Laman blog

Pn Hanim
Blaze
Crazy Gamers
K5Harmoni
Organized Chaos
Projek D
Renegades
Summoned
Theory of Lepak



Lagu "instrumental":
A World Supported by Emotion


Gambar

Photobucket

~Hsu Cherng~

Photobucket

~pelajar sedang menghantar kerja yang telah siap~

Photobucket

~saat-saat yang gembira dengan semua kawan~

Photobucket

~satu gambar yang lebih baik~

Photobucket

~bersama dengan kawan-kawan~

Photobucket

~sekali lagi kenangan yang manis~

Photobucket

~penunjukan senyuman kepada seseorang~

Photobucket

~mari mari!! mari ambil gambir sekali lagi!~

Photobucket

~ahli kumpulan initial-hsu cherng dan wen leong~

Photobucket

~ahli kumpulan initial-hong chun(sedang mengambil katak!)dan kwan han~

Photobucket

~kesian orang itu XD~

Photobucket

~hubungan persahabatan yang kekal~