Friday, February 29, 2008

Tahun Akhir Saya di Sekolah

Salam sejahtera semua. Minta maaf kerana tidak banyak membuat ’post’ dalam ’blog’ tersebut... Sejak kemulaan semula sekolah, saya (dan ahli-ahli kumpulan saya) sangat sibuk dengan pelbagai kerja yang perlu dibuat, malahan lagi, kerja sekolah asyik bertambah sahaja... Walaupun hari-hari sibuk nak siapkan, akhirnya tidak semua dapat diselesaikan.



Ok, seperti yang dikatakan dalam tajuk di atas, tahun tersebut merupakan tahun yang terakhir saya belajar dalam sekolah menengah saya, iaitu Taman SEA. Tidak lama lagi, saya akan menduduki SPM, dan akan meninggal sekolah tersebut... Ahh, mujurlah kalau dapat berseronok pada tahun ini! Tapi, tahun ini sibuk sangat! Terdapatlah SPM, iaitu satu peperiksaan yang sangat penting. Tambahan pula, kebanyakan jawatan dalam kelab, persatuan, rumah sukan, dan juga unit beruniform turut diberi kepada pelajar-pelajar tingkatan 5. Saya juga tidak terkecuali... Dalam kelab saya, iaitu Kelab Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT), saya telah memasuki biro penggambaran - tanggungjawab saya adalah untuk mengambil gambar. Kadang kala, saya kena ponteng kelas pula kerana perlu mengikuti En. Alim, En. Kamal dan rakan-rakan lain ke sekolah lain untuk buat urusan SPBT.


Bukan sahaja dalam kelab, saya juga dapat jawatan dalam rumah sukan saya. Dalam sekelip mata saja, saya telah dipilih sebagai ketua kawat kaki. Kenapa begitu!? Alasan agaknya adalah kerana saya ada banyak pengalaman dalam kawat kaki... sebab saya sering datang untuk latihan kawat kaki sejak Tingkatan 3. Ahh, tambah lagi kerja untuk buat! Perlu fikir tentang formasi serta cara yang berkesan untuk melatih ahli-ahli saya supaya boleh menang dalam pertandingan kawat kaki tahun ini. Dalam unit beruniform juga ada jawatan... iaitu pembantu setiausaha. Kena bantu membuat senarai nama, tulis minit mesyuarat, ambil kehadiran ahli-ahli unit beruniform dan sebagainya. Saya perlu buat semua kerja tersebut sambil menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru-guru mata pelajaran kelas saya. Rasa kesian tak? Tekanannya sebenarnya sangat besar! Tapi akhirnya perlu menghadapinya juga... Tidak boleh melarikan diri...


Secara jujur, saya hanya mahu menghabiskan masa dengan rakan-rakan saya, kerana tahun ini merupakan tahun yang terakhir dalam kehidupan sekolah saya. Selepas tahun tersebut, berkemungkinan besar saya tidak akan dapat banyak bertemu dengan mereka... Kebanyakan mereka akan pergi ke kolej atau universiti yang berbeza, ada pula yang mungkin akan belajar di luar negara, ada juga yang akan terus bekerja untuk mendapat wang... Jadi, masa kami akan menjadi lebih suntuk. Tahun ini pun sudah kesuntukan masa! Apatah lagi, sekarang hanya Februari sahaja. Selepas aktiviti kokurikulum berhenti (saya rasa agak-agak pada tengah tahun), kebanyakan rakan-rakan berancang untuk terus mengulang kaji... sebab terdapat tekanan daripada ibu bapa dan juga ahli keluarga yang lain untuk mendapat keputusan yang baik dan sebagainya. Selain itu, terdapat kawan-kawan yang mahu mendapat biasiswa untuk meringankan beban kewangan apabila nak belajar di kolej, dan ini juga memerlukan keputusan SPM yang cemerlang.


Tetapi, wajarkah kita memberi tekanan kepada diri sendiri demi masa depan kita sehingga kita tidak dapat berseronok? Sudah pastilah saya rela berseronok daripada menghadapi tekanan kerja sekolah, tetapi saya rasa kita tidak boleh mengabaikan kerja dan pelajaran kita juga... Apabila saya lihat rakan-rakan saya dalam kelas, saya mendapati ada beberapa yang sudah rajin mengulang kaji, dan juga ada juga yang amat relaks sehingga buku-buku pun tidak bawa balik ke rumah... asyik tinggal di sekolah, lalu bergantung kepada tuisyen sahaja. Sebenarnya, jika kita boleh belajar dengan pandai (tu dipanggil "Study Smart", kan? Haha...), serta menguruskan masa kita dengan baik, tekanan terhadap kita akan diringankan, dan kita juga akan terdapat masa untuk berseronok juga. Itulah cara yang ideal untuk kita semua... Tapi tidak semua pelajar boleh buat begitu.


Tahun yang terakhir di sekolah menengah... Saya hanya mahu bersama-sama berseronok dengan kawan-kawan sahaja. Itulah yang saya rasa terpenting bagi saya. Tanpa berseronok, saya akan mati atas tekanan-tekanan yang disebut di atas! Saya nak mengingati tahun tersebut sebagai tahun yang seronok, yang benar-benar "syok", bukan sebagai tahun yang terdapat tekanan kerja yang terbanyak berbanding dengan tahun-tahun yang lepas, walaupun ia juga merupakan tahun yang terpenting dalam sekolah menengah. Tetapi saya sudah tahu... Akhirnya, dalam sekelip mata, tahun ini akan terus berlalu, kerana masa tidak akan menunggu... Akhirnya, kami akan mengucap selamat tinggal kepada kehidupan sekolah menengah kita. Perbezaannya hanyalah berapa seronok saja kami menghabiskan tahun tersebut.


Setakat ini sahaja "post" saya pada hari ini. Harapkan "post" ini menarik untuk kamu semua baca. Minta maaf jika terdapat kesalahan tatabahasa dan sebagainya... Bahasa Melayu saya cuma ok-ok sahaja... Haha... Sekian.

Labels:


Diblog pada 6:30 AM. 0 telah memberi komen.

Profile

Ahli-ahli kumpulan:
Chong Hsu-Cherng
Tan Hong Chun
Mak Kwan Han
Woon Wen Leong


Projek Lepas


Komen ringkas



Laman blog

Pn Hanim
Blaze
Crazy Gamers
K5Harmoni
Organized Chaos
Projek D
Renegades
Summoned
Theory of Lepak



Lagu "instrumental":
A World Supported by Emotion


Gambar

Photobucket

~Hsu Cherng~

Photobucket

~pelajar sedang menghantar kerja yang telah siap~

Photobucket

~saat-saat yang gembira dengan semua kawan~

Photobucket

~satu gambar yang lebih baik~

Photobucket

~bersama dengan kawan-kawan~

Photobucket

~sekali lagi kenangan yang manis~

Photobucket

~penunjukan senyuman kepada seseorang~

Photobucket

~mari mari!! mari ambil gambir sekali lagi!~

Photobucket

~ahli kumpulan initial-hsu cherng dan wen leong~

Photobucket

~ahli kumpulan initial-hong chun(sedang mengambil katak!)dan kwan han~

Photobucket

~kesian orang itu XD~

Photobucket

~hubungan persahabatan yang kekal~